Ebola ‘menang’ di DRC, bunuh mangsa setiap 30 minit

WorldHealth & Fitness
15 Aug 2026 • 12:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ebola ‘menang’ di DRC,  bunuh mangsa setiap 30 minit

GENEVA – Virus Ebola di Republik Demokratik Congo(DRC)  membunuh seorang mangsa setiap 30 minit, kata seorang pegawai kanan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)  semalam, sambil menggesa tindakan antarabangsa lebih besar bagi menanganinya.

“Wabak Ebola kali ini adalah yang paling cepat merebak. Kita memerlukan kepantasan, skala dan solidariti sebelum ia menular lebih jauh di hadapan kita,” kata Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher dalam satu kenyataan.

Wabak itu membunuh sekurang-kurangnya 2,128 orang daripada lebih 4,500 kes yang disahkan sejak diisytiharkan di DRC pada 15 Mei lalu dan berada di laluan untuk menjadi wabak Ebola paling dahsyat pernah direkodkan.

“Ebola semakin menang di Republik Demokratik Congo. Kita tidak boleh membiarkan virus ini mengatasi tindakan kita,” kata Fletcher semasa menggariskan usaha terkini untuk membendung virus tersebut, yang merebak melalui sentuhan dengan cecair badan pesakit dan menyebabkan demam berdarah.

“Wabak ini membunuh seorang mangsa setiap 30 minit,” kata Fletcher sambil menambah, ramai lagi orang kini berisiko dijangkiti.

Fletcher menambah, negara-negara dunia telah menyumbang hampir AS$300 juta (RM1.2 bilion) kepada dana memerangi wabak tersebut.

Kes Ebola direkodkan di enam wilayah DRC, serta Uganda setakat ini. Jangkitan juga dilaporkan berhampiran sempadan dengan Sudan Selatan.

Wabak Ebola ke-17 ini disebabkan oleh varian Bundibugyo yang belum mempunyai rawatan atau vaksin untuk menanganinya

Ebola telah membunuh lebih 15,000 orang di Afrika sejak 50 tahun lalu. – AFP

The post Ebola ‘menang’ di DRC, bunuh mangsa setiap 30 minit appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved