Ebola merebak ke luar Congo

WorldHealth & Fitness
15 Oct 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ebola merebak ke luar Congo

NAIROBI – Kenya merekodkan kes Ebola keduanya, kata kementerian kesihatan negara berkenaan semalam, namun  mengesahkan ‘tiada bukti’ berlaku penularan berskala besar virus maut itu.

Kenya melaporkan kematian pertama akibat Ebola minggu lalu selepas seorang rakyatnya  yang menetap di Republik Demokratik Congo (DRC) meninggal dunia setelah pulang ke tanah air.

DRC  mengisytiharkan wabak Ebola ke-17 pada Mei lalu. Penyakit maut itu mengorbankan lebih 15,000 orang di Benua Afrika sejak 50 tahun lalu.

“Kementerian Kesihatan Kenya mengesahkan kes Ebola kedua,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah, pesakit  lelaki berusia 39 tahun itu merupakan ahli keluarga terdekat mangsa pertama dan telah dikuarantin.

Kenyataan itu menambah, pengesanan awal pesakit dapat ‘mengehadkan risiko  virus Ebola menjangkiti  orang lain’  manakala ‘tiada bukti penularan dalam komuniti yang lebih luas berlaku’.

Menurut kementerian sama, pihaknya menyenaraikan 128 kontak bagi kes pertama dan telah mengesan 113 daripada mereka setakat kelmarin.

Ia menyatakan bahawa 108 orang dikuarantin di dalam negara, manakala lima lagi berada di luar Kenya, namun pihak berkuasa kesihatan  negara-negara berkenaan telah dimaklumkan.

“Pegawai-pegawai  masih berusaha mengesan baki 15 orang lagi,” tambahnya.

Kenya  tidak pernah melaporkan sebarang kes Ebola sebelum ini. Jirannya, Uganda merekodkan 20 kes dengan  hampir semua pesakit melibatkan individu yang telah berkunjung  ke DRC.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Congo, wabak itu telah menjangkiti 9,066 orang setakat ini dan menyebabkan 4,381 kematian. – AFP

The post Ebola merebak ke luar Congo appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved