ECA Integrated kembali untung bagi 2QFY26, hasil naik kepada RM10.3 juta disokong penghantaran lebih tinggi

LocalBusiness & Finance
24 Jun 2026 • 6:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

ECA Integrated kembali untung bagi 2QFY26, hasil naik kepada RM10.3 juta disokong penghantaran lebih tinggi Image from: ECA Integrated kembali untung bagi 2QFY26, hasil naik kepada RM10.3 juta disokong penghantaran lebih tinggi amree24/06/2026 - 18:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 24 JunECA Integrated Solution Berhad berjaya mencatatkan prestasi positif dengan kembali meraih keuntungan bersih RM1.73 juta bagi suku kedua berakhir 30 April 2026 (2QFY26).

 

Prestasi memberangsangkan ini dipacu peningkatan hasil RM10.33 juta, disokong penghantaran yang lebih tinggi bagi sistem pengeluaran bersepadu dan peralatan automasi tunggal sepanjang suku tersebut.

 

Keuntungan sebelum cukai (PBT) RM1.73 juta merupakan peningkatan drastik sebanyak 357.1% berbanding kerugian sebelum cukai (LBT) RM0.67 juta dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya (2QFY25).

 

"Pertumbuhan hasil kumpulan sepanjang 2QFY26 turut melonjak kira-kira 55.5% kepada RM10.33 juta berbanding hanya RM6.65 juta pada tahun sebelumnya," maklum ECA Integrated kepada Bursa Malaysia.

 

Ujarnya, prestasi bagi tempoh kumulatif enam bulan (6MFY26) pula merekodkan keuntungan bersih kira-kira RM3.23 juta berbanding kerugian bersih RM6.64 juta pada tempoh yang sama tahun kewangan 2025.

 

Syarikat menyatakan peningkatan kecil PBT berbanding hasil pada suku ini disebabkan kenaikan kos bahan mentah, perolehan alat ganti luar negara, serta cabaran rantaian bekalan secara berterusan.

 

Mengenai prospek masa depan, Lembaga Pengarah ECA Integrated melahirkan perasaan berhati-hati namun masih lagi optimis terhadap pertumbuhan kumpulan berkenaan dalam jangka sederhana dan panjang.

 

"Keyakinan ini didorong permintaan dalam automasi industri serta perkembangan semikonduktor global, khususnya infrastruktur kecerdasan buatan (AI), pusat data, dan kenderaan elektrik (EV)," katanya.

 

Kumpulan itu jelasnya, turut akan terus menumpukan kepada kecekapan operasi dan pengoptimuman kos untuk mendepani persekitaran perniagaan yang lebih kompetitif serta bebanan tekanan margin. 

 

Setakat tarikh laporan tersebut, ECA Integrated tidak mengisytiharkan sebarang pembayaran dividen bagi suku yang dikaji untuk diagihkan kepada pemegang sahamnya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved