Econpile raih subkontrak bernilai RM35.1 juta daripada Vestland Resources

Business & Finance
7 Jul 2023 • 5:32 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Econpile raih subkontrak bernilai RM35.1 juta daripada Vestland Resources

azan

07/07/2023 - 17:32

KUALA LUMPUR 7 Julai - Econpile Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, Econpile (M) Sdn. Bhd. menerima subkontrak bernilai RM35.1 juta daripada Vestland Resources Sdn. Bhd. bagi kerja-kerja substruktur untuk pembangunan komersial yang terdiri daripada lantai SOHO dan runcit yang terletak di Subang Jaya.

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, tempoh keseluruhan projek itu ialah selama 15 bulan bermula 15 Julai 2023.

"Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil syarikat dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan seterusnya.

"Tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan projek semasa tempoh kontrak," katanya.

Pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan kesan atau kemungkinan kejadian tersebut.

Tiada pengarah atau pemegang saham utama syarikat atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam projek itu. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved