ECoS nasihati hanya jual, beli barang elektrik diiktiraf

LocalBusiness & Finance
23 Jan 2025 • 2:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

PUTATAN: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) menasihati penjual untuk hanya menjual kelengkapan elektrik yang diiktiraf oleh ECoS atau Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST).

Gesaan itu dibuat selepas suatu operasi pemantauan bersepadu (Ops Klik) ECoS bersama Sirim QAS International Sdn Bhd di sini mendapati pelbagai kelengkapan elektrik tidak diiktiraf dijual, termasuk kipas, cerek, ketuhar, mentol lampu, soket sambungan, kabel pendawaian dan palam kuasa.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pengarah Jabatan Keselamatan dan Pemantauan ECoS Muhammad Azuan Zainuddin, yang mengetuai operasi itu, berkata ramai penjual tidak menyedari risiko keselamatan kepada orang awam akibat penjualan kelengkapan elektrik tidak diiktiraf, yang boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan juga boleh membahayakan nyawa.

Beliau menambah kebanyakan kelengkapan elektrik pengguna yang tidak berlabel menjadi pilihan orang awam kerana harganya yang lebih murah.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ECoS Ridwan Saham berkata, Ops Klik bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penjual mengenai pematuhan kepada Enakmen Bekalan Elektrik (EBE) 2024 dan Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik (PPBE) 2024.

Di bawah peraturan ini, semua kelengkapan elektrik pengguna mesti diluluskan dan dilabelkan dengan Label Keselamatan ECoS-Sirim, ST-Sirim dan Label Penarafan Kecekapan Tenaga ECoS, sebelum boleh dijual kepada orang awam.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kegagalan untuk mematuhi Peraturan 107 dan Peraturan 111(3) di bawah PPBE 2024 boleh mengakibatkan kelengkapan elektrik tersebut disita, dibuang atau dialihkan.

ECoS komited untuk meneruskan operasi penguatkuasaan berterusan bagi memastikan hanya kelengkapan elektrik diiktiraf dijual kepada pengguna Sabah.