Ed Sheeran Dipaksa Berhenti ‘Busking’ Di India, Polis Tiba-tiba Datang Rampas Mikrofon

Entertainment
10 Feb 2025 • 3:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dan komposer terkenal dari United Kingdom (UK), Ed Sheeran menjadi bualan ramai baru-baru ini susulan videonya yang sedang busking di India, tiba-tiba dihentikan oleh pihak polis.

Insiden yang berlaku di Bengaluru itu berlaku apabila penyanyi UK itu dikatakan tidak mendapat kebenaran untuk membuat persembahan di situ.

Pihak polis bertindak mencabut wayar kepada pembesar suara (speaker) sebelum merampas mikrofon ketika Ed Sheeran sedang menyanyikan lagu popularnya, Shape Of You.

Pun begitu, menerusi Instagram Story miliknya, Ed Sheeran berkata pihaknya sudah pun mendapat kebenaran dari pihak berwajib untuk melakukan persembahan secara percuma itu.

image is not available

“Kami sebenarnya mempunyai kebenaran untuk busking, sebab itulah memainkan muzik di kawasan berkenaan, semuanya dirancang lebih awal.

Kami bukanlah muncul secara tiba-tiba. Semua baik-baik saja. Jumpa anda di persembahan malam ini (Ahad),” tulisnya.

Sebagai info, semalam merupakan hari kedua konsert jelajah dunia Ed Sheeran di Bengaluru. Beliau sebelum ini sudah membuat persembahan di Pune, Hyderabad, dan Chennai.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.