Ed Sheeran Kembali Ke Malaysia, Calum Scott Pun Ada Sekali!

20 Oct 2023 • 11:54 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Penyanyi British, Ed Sheeran bakal mengadakan konsert jelajah '+ – = ÷ x' di Malaysia pada tahun hadapan. Menurut AEG, penaja acara, konsert + – = ÷ x atau lebih lebih dikenali sebagai "Mathemetic tour" akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Februari 2024 di Bukit Jalil National

Bukan itu sahaja, konsert tersebut juga akan dipersembahkan penyanyi-penulis lagu jemputan khas, Calum Scott. Konsert yang berlangsung di Kuala Lumpur tersebut dipersembahkan oleh UOB dan dipromosikan oleh AEG Presents dan PR Worldwide melalui pengaturan dengan One Fiinix Live.

image is not available

Untuk pembelian, prajualan untuk ahli kad UOB akan bermula pada hari Rabu, 25 Oktober, 10 pagi hingga Jumaat, 27 Oktober, 9.59 pagi.

Jualan umum pula akan bermula pada hari Jumaat, 27 Oktober dari 12 tengah hari melalui rakan kongsi di laman web GoLive Asia www.golive-asia.com. GoLive Asia ialah rakan kongsi tiket rasmi yang dibenarkan untuk show tersebut.