“Dia Sengaja Ke..” – V BTS Sokong Keluaran Lagu Baru ‘Kekasih’, Jennie BP?

Music
7 Oct 2023 • 3:46 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Selain Lisa, Jennie juga merupakan ahli BLACKPINK yang mempunyai khabar angin mengenai kehidupan percintaannya.

Terbaru pada 6 Oktober, Jennie telah melancarkan single khas baru berjudul “You & Me”, merupakan lagu yang dipersembahkan ketika konsert jelajah BLACKPINK ‘BORN PINK’.

Pada hari yang sama, teman lelaki khabar anginnya iaitu V BTS telah memuat naik swafoto tanpa wajah yang penuh dan hanya mendedahkan lukisan bunga ros merah di belakangnya.

image is not available

Dengan ini, peminat menebak bahawa lelaki itu secara tak langsung memberi sokongan buat Jennie memandangkan ahli BLACKPINK tersebut memakai dress bunga merah di dalam poster dan muzik video untuk lagu barunya itu.

Komen peminat di laman TikTok,

Bila saya kali pertama lihat Instagram Story V itu, saya terus teringatkan Jennie.

 

Saya tahu dia sangat ingin menyokongnya secara umum tapi nanti ada orang tak suka.

 

Akhirnya, ada juga orang berfikiran sama seperti saya.

 

Nampak macam delulu tapi adakah ia hanya kebetulan atau V sengaja memuat naik gambar ini sewaktu Jennie mengeluarkan lagunya?

Wuuu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.