Eda Ezrin menangis lihat kelibat anak hadiri perbicaraan di mahkamah

LocalEntertainment
14 Jan 2025 • 9:31 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi sohor Kelantan, Eda Ezrin menangis lihat kelibat anak hadiri perbicaraan di Mahkamah Wilayah Narathiwat pada pagi 14 Januari 2025.

Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30 dan suami, Mohd Affendi Ahmad, 35, serta empat lagi rakan mereka telah tiba di mahkamah pada jam 9.10 pagi untuk prosiding perbicaraan.

image is not available

Eda Ezrin menangis lihat anak hadir bersama datuk & neneknya

Difahamkan, anak kepada penyanyi lagu Cinta Setandan Pisang itu telah hadir bersama datuk serta neneknya serta beberapa lagi ahli keluarga terdekat bagi memberikan sokongan kepada penyanyi itu sewaktu sesi perbicaraan di mahkamah.

image is not available

Eda Ezrin menangis ketika perbicaraan, mengaku tak salah miliki pil kuda

Dalam perbicaraan tersebut, kesemua tertuduh, Eda Edzrin, Mohd Affendi, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdieka Mohd Noor, 32, dan Zuhaira Nasrin, 25, mengaku mengambil dadah di hadapan Hakim Yuan Khao Kham.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mengaku memiliki 6,059 biji pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok di sini pada 1 November lalu.

image is not available

Susulan daripada itu, Mahkamah menetapkan 11, 13 dan 14 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan meminta kesemua tertuduh mengemukakan bukti dan saksi berhubung perkara tersebut.

Kesemua tertuduh diwakili oleh tiga peguam yang telah dilantik.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)