Penyanyi Dikir Barat Malaysia Mengaku Bersalah Atas Penggunaan Dadah

14 Jan 2025 • 11:28 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
penyanyi

Eda Ezrin yang juga merupakan penyanyi dikir barat Malaysia kini berdepan tuduhan berat bersama lima individu lain di Mahkamah Daerah Narathiwat, Thailand atas kesalahan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.

Kesemuanya telah menafikan tuduhan memiliki dadah dan hanya mengaku bersalah atas penggunaan dadah. Pada masa sama dua antara mereka iaitu Zuhaira dan Erdeka didakwa memasuki Thailand tanpa dokumen sah dan tinggal melebihi tempoh masa yang dibenarkan.

Perbicaraan ditunda pada Februari 2025

image is not available

Hakim Mahkamah Daerah Narathiwat, Yuan Khao Kham memaklumkan kepada semua tertuduh supaya menyediakan saksi dan bukti sebelum tarikh perbicaraan pada 11, 13, dan 14 Februari 2025.

Hakim juga ada bertanya sekiranya  tertuduh ingin menyampaikan apa-apa, namun mereka hanya menundukkan kepala.

Kes ini adalah kepentingan awam di Malaysia Thailand. Oleh itu, saya mahu memastikan kes ini diselesaikan secepat mungkin.

Jika biasanya, ia akan mengambil masa kira-kira enam bulan untuk mahkamah menyelesaikan kes seperti ini, tetapi saya berjanji akan membuat keputusan awal Mac.

Ramai keluarga berada di luar mahkamah

image is not available

Dilaporkan hampir 50 ahli keluarga tertuduh berada di luar mahkamah bagi memberikan sokongan moral. Kes ini telah menarik perhatian ramai kerana melibatkan seorang selebriti tanah air.

#OhmediaNasihat

Semoga korang di luar sana berhati-hati semasa berada di negara orang. Jangan sesekali melanggar undang-undang dan terlibat dalam aktiviti haram kerana boleh menjejaskan nama sendiri, keluarga dan negara.


image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian