Eda Ezrin semakin cantik & sihat, tak lagi murung dalam penjara -“Mungkin hatinya senang..”

LocalEntertainment
31 Jul 2025 • 1:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dilaporkan berada dalam keadaan sihat, bersemangat dan tidak lagi mengalami kemurungan sejak ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.

Memetik laporan portal apakhabartv.com, perkara itu disahkan sendiri oleh Komander Penjara Pusat Narathiwat, Surin Chanthep.

“Eda Ezrin dan rakan-rakannya yang ditempatkan di Zon 8, iaitu blok penjara wanita, mengikuti aktiviti harian seperti biasa.
“Dia sihat, tidak stres. Pihak penjara memberi layanan sama rata kepada semua banduan,” katanya.

image is not available

Eda Ezrin semakin cantik

Seorang pegawai penjara wanita yang enggan dikenali turut berkongsi perubahan positif penyanyi itu sepanjang berada dalam tahanan.

“Eda Ezrin tidak mengalami apa-apa masalah, malah dia kelihatan semakin berisi dan cantik… mungkin hatinya senang,” katanya.

image is not available

Sebelum ini, media melaporkan bahawa penahanan Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan lain masih belum menemui noktah meskipun mereka telah dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu.

image is not available

Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh memaklumkan bahawa proses lanjutan penahanan itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan mahkamah.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)