“Mungkin hatinya senang” – Komander Penjara Kongsi Eda Ezrin Tidak Lagi Murung, Makin Berisi, Sihat Dan Cantik

Entertainment
31 Jul 2025 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dari Kelantan yang terkenal dengan lagu Bea Sobar Bea iaitu Eda Ezrin yang kini berada di Penjara Pusat Narathiwat, dilaporkan semakin cantik dan sihat.

Menurut sumber, perkara itu disahkan oleh Komander Penjara Pusat Narathiwat, Surin Chanthep. Kata Surin, pemilik nama sebenar Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30 itu kini berada dalam keadaan sihat dan tidak lagi mengalami kemurungan seperti ketika awal dimasukkan ke penjara berkenaan.

“Eda Ezrin dan rakan-rakannya yang ditempatkan di Zon 8, iaitu blok penjara wanita, mengikuti aktiviti harian seperti biasa.”

“Dia (Eda Ezrin) sihat, tidak stres. Pihak penjara memberi layanan sama rata kepada semua banduan.”

Sementara itu, seorang lagi pegawai yang menjaga banduan wanita dari penjara tersebut memaklumkan bahawa Eda Ezrin kini semakin cantik dan berisi.

image is not available

“Eda Ezrin tidak mengalami apa-apa masalah, malah dia kelihatan semakin berisi dan cantik… mungkin hatinya senang.”

Sebelum ini, nasib Eda Ezrin bersama suaminya serta 4 rakan masih belum menemui titik noktah apabila penahanan mereka di Thailand boleh disambung tanpa had masa, meskipun telah dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu.

Memetik laporan sumber lagi, Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh berkata, proses lanjutan penahanan tersebut bergantung sepenuhnya kepada keputusan mahkamah.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.