Edar dadah: Bapa 10 anak dipenjara seumur hidup

16 Feb 2024 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang bapa 10 anak dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Tawau, pada Khamis selepas didapati bersalah mengedar 171.2 gram dadah jenis methamphetamine, dua tahun lepas.

Talib Akmad, 60, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol yang memerintahkannya menjalani hukuman bermula tarikh tangkap iaitu 5 Januari 2022.

Tertuduh yang diarah untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tujuan pengusiran, bagaimanapun, terlepas hukuman sebat atas faktor umur.

Lelaki warga Filipina tanpa dokumen pengenalan diri itu, melakukan jenayah berkenaan di kawasan pot pengedaran dadah Kg Air, Lahad Datu, sekitar jam 4.30 pagi pada 5 Januari 2022.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, atau penjara seumur hidup, dan hendaklah jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum dengan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes itu mula dibicarakan pada 29 hingga 31 Januari lalu dengan enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan, dipanggil memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hurman Hussain, manakala, tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki.

Terdahulu, Kamarudin dalam rayuan mitigasinya memohon agar anak guamnya tidak dikenakan hukuman mati kerana tertuduh mempunyai dua isteri dan 10 orang anak.

Katanya, berdasarkan pemansuhan akta hukuman mati mandatori 2023, pihaknya memohon agar mahkamah menggunakan budi bicara untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Selain itu, katanya, seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah lelaki berumur 50 tahun ke atas tidak boleh disebat.

“Trend hukuman di Borneo juga, terutamanya bagi kes-kes yang sama beratnya dengan kes ini, hukuman cenderung memihak kepada hukuman penjara seumur hidup sebagaimana mengikut Seksyen 3, Akta Keadilan Jenayah 1953 (Akta 345),” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.