
TAWAU: Seorang ibu empat anak dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Selasa selepas didapati bersalah mengedar 128.9 gram Methamphetamine, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman itu ke atas Siti Azizah Hasan, 35, yang melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai di Dataran Palma, Lahad Datu sekitar jam 1 petang pada 17 Jun 2022.
Pemegang dokumen IMM13 itu turut diperintah untuk dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap pada 17 Jun 2022. Bagaimanapun, tertuduh terlepas hukuman sebatan memandangkan dia adalah wanita.
Pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Dalam penghakimannya, Duncan antara lain berkata, mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas mengambilkira kes berkaitan dadah amat berleluasa di Sabah.
Malah, katanya, setakat Januari tahun ini sahaja, Mahkamah Tinggi Tawau menerima tiga hingga empat kes berkaitan dadah.
Perbicaraan berlangsung tiga hari bermula 8 Januari lalu dengan enam saksi pendakwaan serta seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya, Hurman Husain tampil mendakwa, manakala tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
