
TAWAU: Seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan diperintah dikenakan 12 kali sebatan rotan kerana mengedar lebih 26 kilogram (kg) kanabis, dua tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Duncan Sikodol, menjatuhkan hukuman itu terhadap Utuh Derman Isim, 47, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Utuh.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Utuh didapati bersalah mengedar 26,215.3 gram kanabis di tangga sebuah bangunan di Bandar Sri Indah (BSI), di sini, pada jam 5 petang, 12 September 2022.
Dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mahkamah memerintahkan Utuh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 September 2022.
Semasa mitgasi, peguam Datu Baginda Datu Laja memohon agar anak guamnya dikecualikan daripada hukuman mati dan sebaliknya diberikan hukuman lebih ringan kerana ini merupakan kesalahan pertamanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga memaklumkan mahkamah bahawa Utuh, yang masih bujang, perlu menyara ibunya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif, meminta mahkamah mengenakan hukuman berat mengambil kira jumlah berat dadah yang terlibat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata, pihak pendakwaan mengiktiraf dan menghormati pemansuhan hukuman mati mandatori, yang memberi mahkamah pilihan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebagai ganti hukuman mati.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa hukuman bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan serta berat dadah yang terlibat, terutamanya bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Perbicaraan berlangsung dari 13 hingga 16 Januari dengan tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan, manakala Utuh merupakan satu-satunya saksi pembelaan.

