
TAWAU: 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) yang didakwa membunuh seorang pelajar Bioteknologi di kolej itu pada Mac tahun lalu, diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Jumaat.
Hakim Datuk Duncan Sikodol mengeluarkan perintah itu terhadap tertuduh, selepas memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap 13 pelajar itu.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah menetapkan 10 hingga 14 Mac untuk pembelaan mereka.
Kesemua 13 pelajar berusia antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) antara jam 9 malam pada 21 Mac hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan menutup kesnya pada 9 Disember 2024 selepas memanggil 25 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa 12 hari sejak bermula pada 19 November 2024.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Saksi termasuk pengarah KVLD, warden kolej, ibu mangsa, paramedik, pakar patalogi forensik, pegawai kimia, empat pegawai polis dan 13 saksi pelajar, merangkumi 10 bawah umur dan tiga lagi berumur 19 dan 20 tahun.
Lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi masing-masing diwakili peguam Abdul Ghani Zelika termasuk peguam lantikan, Vivian Thien, Jhesseny P. Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Pasukan pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Nur Nisla Abdul Latif bersama TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri.
Semasa prosiding, ahli keluarga tertuduh yang datang dari pelbagai daerah di Sabah turut kelihatan hadir di mahkamah, termasuk ibu kepada mangsa bunuh, Siti Hamidah Jumari, 45, dengan ditemani adik lelakinya.
Wanita itu turut dilihat menangis sebak di luar kamar mahkamah sambil memeluk TPR Nur Nisla, selepas hakim membaca keputusan.

