TAWAU: Seorang buruh warga Filipina berumur 30 tahun Alisa Badan dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi pada Rabu selepas didapati bersalah mengedar 1,128.5 gram syabu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol, menjatuhkan hukuman itu selepas memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Mahkamah mendapati dadah yang ditemui di dalam sebuah beg hitam di Hotel City Inn, Semporna, pada 14 Mei 2023, berada dalam pemilikan Alisa.
Alisa, bapa kepada tiga anak yang bekerja di Jeti Semporna, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan tidak kurang daripada 12 sebatan sekiranya hukuman mati tidak dijatuhkan.
Dalam rayuannya, peguam bela Jhesseny P. Kang memohon agar Alisa dikenakan hukuman penjara dan bukannya hukuman mati, dengan alasan ia adalah kesalahan pertama Alisa dan dia berniat untuk berubah.
Mahkamah membenarkan permohonan itu berdasarkan peruntukan hukuman baharu di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif memohon hukuman berat, sambil menegaskan peningkatan kes pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B di Mahkamah Tinggi Tawau.
Beliau berhujah bahawa hukuman berat wajar dijatuhkan sebagai langkah pencegahan berkesan.
Mahkamah memerintahkan hukuman berkuat kuasa mulai 14 Mei 2023, iaitu tarikh tangkapan Alisa.
Perbicaraan yang bermula pada 28 April itu melibatkan keterangan daripada lapan saksi pendakwaan.