Eddie Howe pengurus Inggeris pertama menang trofi utama dalam 17 tahun

FootballSports
17 Mar 2025 • 7:06 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Eddie Howe muncul pngurus Inggeris pertama memenangi trofi utama dalam tempoh 17 tahun. - AFP

image is not available
Penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher gagal menampan percubaan pertahanan Newcastle, Dan Burn yang memberikan gol pertama buat Te Magpies. - AFP

image is not available
Pemain Newcastle meraikan kemenangan selepas wisel penamat ditiup. - AFP

image is not available
Pemain tengah Newcastle, Sean Longstaff (kanan) meraikan kejayaan pasukannya menewaskan Liverpool di Wembley. - AFP

image is not available
Pengurus Liverpool, Arne Slot menenangkan Virgil van Dijk selepas perlawanan tamat. - AFP

image is not available
Newcastle United merangkul trofi Piala Liga menewaskan juara bertahan dan pendahulu EPL, Liverpool dalam aksi final di Wembley. - AFP

EDDIE Howe menjadi pengurus Inggeris pertama yang memenangi trofi dalam tempoh 17 tahun apabila Newcastle United menewaskan Liverpool untuk merangkul Piala Liga pertama mereka di Stadium Wembley, awal pagi Isnin.

Kali terakhir seorang pengurus Inggeris memenangi trofi utama ialah Harry Redknapp bersama Portsmouth yang menjuarai Piala FA pada 2008.

"Ketika saya memenangi Piala FA bersama Portsmouth pada 2008, saya tidak pernah terfikir bahawa kita masih akan menunggu pengurus Inggeris seterusnya untuk menjulang trofi. Tetapi inilah hakikatnya, 17 tahun telah berlalu dan kita masih menanti, sebab itu saya amat berharap Eddie Howe melakukannya bersama Newcastle di Wembley," tulis Redknapp sebelum perlawanan dalam kolumnya untuk The Sun.

**media[3048561]**

Howe juga menjadi pengurus Inggeris pertama memenangi Piala Liga dalam tempoh lebih dua dekad.

Pengurus Inggeris terakhir yang melakukannya ialah Steve McClaren bersama Middlesbrough pada 2004.

"Saya sangat gembira bukan sahaja dengan keputusan tetapi juga dengan persembahan pasukan. Saya rasa kami berhak menang hari ini.

"Ia menjadi sukar apabila Liverpool menjaringkan gol. Saya mula terfikir tentang masa tambahan.

"Apa pun, kami telah berlatih selama dua minggu secara konsisten untuk set-piece hanya untuk perlawanan ini dan jika anda melihat kami berlatih, anda pasti tidak menyangka kami ada peluang.

**media[3048559]**

"Kami sendiri tidak percaya Dan Burn menjaringkan gol, dia tidak berlatih seperti itu! Dia benar-benar menjadi tonggak utama untuk kami," ujar Howe.

Howe berjaya mengatasi pengurus Liverpool, Arne Slot dengan mengakui bahawa dia tidak menggunakan taktikal terbaiknya dalam kekalahan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada Februari lalu, sebagai strategi untuk menyimpan kejutan bagi perlawanan akhir.

**media[3048557]**

"Kami tidak mahu menunjukkan taktik sebenar kami ketika bermain menentang mereka beberapa minggu lalu. Kami tetap mahu menang dalam perlawanan itu, tetapi dengan cara yang berbeza.

"Kedua-dua pasukan bermain secara lebih langsung dan kami menghadapinya dengan baik. Tiada siapa mahu melakukan kesilapan, tidak banyak bola sepak cantik dimainkan, tetapi kami berkesan di kedua-dua kotak penalti," tambah Howe.

**media[3048558]**

Aksi final di Wembley menyaksikan Newcastle menewaskan pendahulu EPL, Liverpool dengan keputusan 2-1 menerusi Dan Burn (minit ke-45) dan Alexander Isak (m-52).

Federico Chiesa membalas satu gol pada minit keempat masa kecederaan, tetapi Newcastle bertahan untuk menjulang trofi utama pertama mereka sejak Piala Fairs Inter-Cities pada tahun 1969.

**media[3048560]**

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved