Edika Yusof Sah Cerai Isteri Talak Satu, Perkahwinan 21 Tahun Akhirnya Terlerai

Entertainment
5 May 2025 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mahligai cinta yang dibina selama 21 tahun ini akhirnya lebur apabila pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri sah bercerai talak satu sebentar tadi (Isnin).

Menurut mStar, Edika, 58, telah melafazkan cerai talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh pada jam 10.42 pagi.

Saya Mohd Yusof Abd Majid menceraikan isteri saya, Nor Hidayah Yusri talak satu mulai hari ini,” lafaznya.

Terdahulu, Edika yang hadir ke mahkamah di sini pada jam 9.50 pagi tadi memaklumkan sekiranya berlakunya cerai hari ini, dia mengharapkan tiada permusuhan yang berlaku di antara mereka.

Walau bagaimanapun, sebelum melafazkan cerai, Edika dikatakan enggan menberikan sebarang ucapan terakhir buat Hidayah.

Berbeza dengan Hidayah, dia membuat ucapan terakhir dan berterima kasih di atas kebaikan yang pernah dibuat Edika terhadapnya sambil menangis.

Saya sebagai isteri tak pernah nafi kebaikan dia tetapi keputusan ini berdasarkan hukum. Saya terpaksa buat. Saya harap dia faham,” katanya.

image is not available

Mereka kemudian sempat bersalaman dan membuat permohonan maaf buat kali terakhir.

Untuk rekod, Edika dan Hidayah telah mendirikan rumah tangga pada 2004 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

Kita doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber: mStar

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.