
Kota Kinabalu: Pakej pelancongan “Bola In The City With Sabah FC - A Trip of Excitement” edisi kedua dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Khairul Firdaus Akhbar Khan di sebuah hotel terkemuka di sini pada Jumaat.
Pakej yang kali pertama diperkenalkan Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah FC dan lapan agensi pelancongan tempatan tahun lepas itu menawarkan harga jauh lebih murah tahun ini bermula RM330 seorang berbanding RM699 sebelum ini.
Mereka yang membeli pakej itu berpeluang untuk bertemu dan berinteraksi dengan pemain-pemain Sabah FC, serta menyaksikan sesi latihan pasukan di Stadium Likas sehari sebelum perlawanan sebenar Liga Super.
Selain itu, mereka turut diberi peluang menyaksikan perlawanan itu bersama barisan pemain legenda seperti Datuk Hassan Sani, Matlan Marjan, Jelius Ating, Burhan Ajui dan lain-lain.
SPONSORED CONTENT Increasing consumer awareness of Sabah’s chili brand in Singapore Kota Kinabalu: Borneo Hot Sauce, a maker of chilli sauce, wants to increase consumer awareness of its brand in Singapore after a good launch that saw 10,000 bottles sold in just six months. Read more Terdapat juga pilihan untuk melawat beberapa destinasi pelancongan seperti Pulau Manukan, Rumah Terbalik, Kampung Warisan Monsopiad, Tagal Tinopikon Walk dan juga aktiviti lain termasuk menikmati makanan laut di restoran terapung di Kampung Nelayan.
Fridaus yakin pakej itu bukan sahaja dapat menarik lebih ramai peminat bola sepak ke stadium, malah membantu meningkatkan ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara ke Sabah.
“Saya amat optimis dengan pakej terbaharu ini kerana dianggarkan kira-kira 80 hingga 100 peminat setia sanggup mengikuti pemain atau pasukan kegemaran mereka di mana sahaja perlawanan bola sepak diadakan di seluruh Malaysia,” katanya dalam ucapannya.
Sementara itu, turut hadir pada majlis itu ialah pengarah jabatan domestik dan acara Tourism Malaysia Iskandar Mirza Mod Yusof, ketua pengarah eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Noredah Othman, ketua pengarah eksekutif Sabah FC Ahmad Marzuki Nasir, pengarah Pelancongan, Seni dan Budaya Sabah Ibrahim Othman, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Sabah Trecey J. Tojuka, Datuk Ong KIm Swee dan beberapa pemain serta wakil daripada lapan agensi pelancongan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



