“Edisi khas ni”- Kedai Kopitiam Di KL Ini Keluarkan Kalendar Tahun Baru 2023A

Entertainment
16 Dec 2023 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa masyarakat Cina kurang gemar dengan nombor empat kerana sebutan nombor empat dalam bahasa Cina menyerupai dengan perkataan yang bermaksud mati dalam bahasa tersebut.

Sebuah kedai kopitiam yang popular di Kuala Lumpur iaitu Jia Kopitiam telah menjadi perhatian ramai apabila restoran berkenaan mengeluarkan kalendar edisi khas sempena tahun baru nanti iaitu kalendar 2023A bagi menggantikan kalendar 2024.

Difahamkan, kalendar edisi khas itu boleh didapati oleh pelanggan-pelanggan mereka yang datang makan di kedai kopitiam itu.

image is not available

Dalam kalendar tersebut, dapat dilihat bahawa tahun yang sepatutnya menjadi tahun 2024 telah ditukar menjadi 2023A.

image is not available

Perkongsian kalendar edisi 2023A itu telah menghiburkan ramai netizen. Ada juga yang bergurau kenapa tarikh 24 Januari pula tidak ditukar menjadi 23A Januari.

Apa-apa pun, memang genius team marketing kedai kopitiam ni kan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.