Ee Wei sudah mula dapat rentak bersama Tang Jie

FootballSports
13 Jun 2025 • 2:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei mengakui sudah mula mendapatkan rentak permainan bersama pasangannya Chen Tang Jie selepas kembali digandingkan pada April lepas.

Beliau berkata bagaimanapun masih banyak perkara yang perlu dilakukan bersama Tang Jie terutama dalam mengembalikan semula prestasi pada tahap terbaik seperti sebelum ini.

“Di Terbuka Singapura kami tidak beraksi dengan baik, tetapi kami cuba untuk kembali fokus di Terbuka Indonesia dan berjaya mara ke separuh akhir.

“Saya percaya kami mampu bangkit kembali secara beransur-ansur. Namun, masih banyak yang perlu dilakukan dan kami perlu terus komited dalam latihan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Pada Mac, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan gandingan itu dipisahkan bagi memberi ruang kepada jurulatih mencuba kombinasi baharu susulan ketegangan dalam hubungan mereka.

Bagaimanapun Tang Jie-Ee Wei kembali digandingkan pada Piala Sudirman dan berjaya membantu Malaysia mara hingga ke suku akhir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved