Effort Abang Grab Penuhi Permintaan Pelanggan Nyanyi Happy Birthday Untuk Anak Buah Raih Pujian [Video]

11 Aug 2026 • 12:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang penghantar makanan, perkara pertama yang terlintas adalah tugas mereka yang menghantar makanan semata-mata.

Namun siapa sangka, ada sesetengah rider kini sanggup memenuhi permintaan istimewa pelanggan yang mahu memberi kejutan buat si penerima.

Rider Penuhi Permintaan Pelanggan Tolong Nyanyi Lagu Happy Birthday Buat Kanak-Kanak

Semalam (10 Ogos), tular di media sosial tindakan seorang rider Grab yang memenuhi permintaan pelanggan untuk menyanyikan lagu Happy Birthday kepada anak buahnya.

Momen istimewa itu dikongsikan oleh ibu saudara kanak-kanak lelaki berkenaan dalam satu hantaran di Threads @najihahsyazana.

Menerusi perkongsian itu, pengguna yang dikenali sebagai Najiha menzahirkan ucapan terima kasih kepada abang Grab berkenaan kerana melayan permintaannya sempena ulang tahun kelahiran anak saudaranya itu yang kesembilan.

“Terima kasih abang Grab tolong nyanyi lagu birthday untuk anak buah kita,” jelasnya.

Melalui hantaran sama, Najiha turut berkongsi tangkap layar perbualan bersama rider Grab berkenaan serta video reaksi anak buahnya itu yang dikenali sebagai Affan.

Difahamkan, pesanan makanan KFC yang dibuat merupakan hadiah buat Affan dari neneknya.

Kanak-Kanak Tersenyum Dengar Nyanyian Happy Birthday Dari Abang Grab

Melalui video yang di muat naik, kedengaran rider berkenaan terus menyanyikan lagu Happy Birthday dengan gaya tersendiri.

Manakala Affan pula dilihat terus tersenyum dan menzahirkan ucapan terima kasih sebaik rider berkenaan selesai menyanyikan lagu tersebut.

Affan Cucu Pertama, Kongsi Hari Lahir Sama Dengan Arwah Datuk & Nenek

Kongsi Najiha kepada BuzzKini, anak buahnya itu merupakan cucu pertama buat ibu dan arwah bapanya malah mereka bertiga turut berkongsi tarikh kelahiran yang sama.

“Sebenarnya birthday Affan sama dengan arwah atuk dan neneknya. 10 Ogos 1963 hari jadi datuk, nenek pada 10 Ogos 1965, Affan pula pada 10 Ogos 2017. Mereka bertiga kongsi tarikh lahir sama,” katanya.

Teruja Rider Penuhi Permintaan, Turut Doakan Kebaikan Buat Rider

Jelas Najiha lagi, dia sendiri berasa teruja dan terharu apabila rider berkenaan sanggup memenuhi permintaannya itu.

“Untuk abang Grab, saya doakan semoga segala urusan abang dipermudahkan ya. Terima kasih kerana jadi orang baik,” katanya.

View on Threads

Tugasan Pertama Dah Kena Nyanyi Untuk Kanak-Kanak

Menurut seorang pengguna yang dipercayai rakan kepada rider dalam hantaran berasingan, itu merupakan pesanan pertama yang diterima oleh rider berkenaan pada hari tersebut.

“Member baru mula kerja. First job, pelanggan suruh nyanyi untuk birthday anak buahnya. Happy birthday Affan! Semoga ceria selalu,” kongsinya.

View on Threads

Ramai Puji Effort Abang Grab Penuhi Permintaan Pelanggan Nyanyikan Untuk Kanak-Kanak

Perkongsian yang telah mendapat lebih 973,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha penghantar makanan terbabit yang sanggup memenuhi permintaan pelanggannya dengan menyanyikan lagu Happy Birthday itu.

Namun, ada juga yang terhibur dek kerana cara nyanyian rider berkenaan yang mendatar.

Pada masa sama, ramai juga warganet turut mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Affan sempena ulang tahun kelahirannya yang kesembilan.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Terima Kasih Abang Grab Baik! Semoga Hari-Hari Job Lebat. Untuk Adik Tu, Semoga Membesar Jadi Anak Soleh”

Image from: Effort Abang Grab Penuhi Permintaan Pelanggan Nyanyi Happy Birthday Untuk Anak Buah Raih Pujian [Video]

“Tak, Masalahnya Abang Grab Dia Punya Nyanyi Happy Birthday Straight Tak Ada Nada Pun”

Image from: Effort Abang Grab Penuhi Permintaan Pelanggan Nyanyi Happy Birthday Untuk Anak Buah Raih Pujian [Video]

“Thank You Abang Grab, Semoga Baik-Baik Dalam Kehidupanmu, Semoga Affan Membesar Sihat & Jadi Anak Soleh”

Image from: Effort Abang Grab Penuhi Permintaan Pelanggan Nyanyi Happy Birthday Untuk Anak Buah Raih Pujian [Video]

“Comel Je Dia Senyum, Tunggu Je Lagu Tu Habis”

Image from: Effort Abang Grab Penuhi Permintaan Pelanggan Nyanyi Happy Birthday Untuk Anak Buah Raih Pujian [Video]

“Lagu Happy Birthday Versi Nonchalant Ke Ni? Thank You Abang Grab & Happy Birthday Affan”

Image from: Effort Abang Grab Penuhi Permintaan Pelanggan Nyanyi Happy Birthday Untuk Anak Buah Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved