“Effortless tapi sedap!” – Netizen Terpukau Dengar TokTi Nyanyi Lagu Negaraku

Entertainment
15 Apr 2023 • 1:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Dengan vokal yang mantap serta kurang dihantui kontroversi, Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi, orang ramai sentiasa ternanti-nanti karya baharu beliau.

Untuk kali ni, min nak share dengan korang video nyanyian TokTi yang jarang-jarang didengar. Min tahu, video ni dikongsi oleh @dreamroz sekitar tahun lepas, tapi sebab dah nama pun TokTi yang nyanyi, memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Cuba korang tengok video kat bawah ni.

Effortless tapi sedap!

Min tak pasti tarikh betul-betul video ni diambil. Mungkin boleh jadi ketika sekitar Bulan Kemerdekaan atau bila-bila sahaja kan. Yang penting sedap betul TokTi nyanyi lagu Negaraku.

image is not availableBetul, meremang dengar TokTi nyanyi. Aura beliau memang lain macam. Kena pulak dengan lagu Negaraku, kombo meremang yang terbaik lah.

image is not availableTokTi di dan berapa tahu menyanyi kan. Lagipun kerja beliau memang menyanyi. Teknik nyanyian apa semua tu memang beliau tapau habis lah, tak ada kepit-kepit.

image is not availableKannn… ni min sangat setuju. Min tengok banyak kali pun tak bosan. Tetap terpegun dengar TokTi nyanyi.

image is not availableSebab tu TokTi dah taknak bertanding dekat Anugerah Juara Lagu. Kalau masuk memang confirm menang vokal terbaik. Bagi peluang dekat pelapis industri bersaing sesama sendiri pulak.

Apa-apa pun TokTi punya level bukan biasa-biasa dah. iIu yang kita kena akui, Penyanyi Nombor Satu Negara kan

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.