Effzaldanish sudah pulang pagi ini selepas 3 hari menghilang

31 Jul 2024 • 2:29 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Pelajar tingkatan dua, Muhammad Effzaldanish Mohd Affendi, 14, yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan pada 29 Julai lalu, ditemukan selamat hari ini.

Mengesahkan perkara itu kepada Scoop, Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata, Muhammad Effzaldanish pulang sendiri ke kediamannya kira-kira jam 11 pagi ini.

“Ya sudah pulang,” katanya.

Terdahulu, polis giat menjalankan operasi pencarian Muhammad Effzaldanish yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan pada Isnin lalu.

Perkara itu menimbulkan kembimbangan dalam kalangan ahli keluarganya.

Sebelum kehilangan, Muhammad Effzaldanish didakwa dilihat berjalan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah neneknya, dengan lengkap berpakaian seragam sekolah.

Selepas waktu persekolahan, pada kira-kira jam 2 petang, neneknya mula menyedari dia masih belum pulang dan meminta bantuan daripada ahli keluarga untuk menjejakinya.

Muhammad Effzaldanish menetap bersama nenek sejak berusia tiga tahun, selepas ibunya meninggal dunia akibat kanser payudara. - 31 Julai 2024.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved