EFL: De Zerbi terpaksa minta maaf sekali lagi

FootballSports
17 Sep 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EFL: De Zerbi terpaksa minta maaf sekali lagi

LIVERPOOL – Tekanan kian memuncak buat pengurus Tottenham Hotspur, Roberto De Zerbi apabila tersingkir daripada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) selepas tewas 1-3 kepada Liverpool pada pusingan awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Anfield itu, Liverpool memastikan kemenangan menerusi jaringan Alexis Mac Allister, Cody Gakpo dan Dominik Szoboszlai, manakala gol Spurs dijaringkan Conor Gallagher.

Menerusi kekalahan itu, De Zerbi mengakui kecewa dengan keputusan tersebut selain meminta maaf kepada penyokong-penyokong Spurs apabila mereka baru sahaja mencatat satu kemenangan musim ini.

“Kami sepatutnya melakukan percubaan yang lebih baik, tetapi saya meminta maaf kepada semua penyokong atas keputusan ini. Kami sangat kecewa dengan kekalahan dan ia perlu diperbaiki pada perlawanan akan datang.

“Saya juga fikir kami tidak cukup bertuah dalam enam perlawanan terakhir ini. Kami sangat bernasib malang ketika bertemu Newcastle, Everton, Nottingham dan juga pada perlawanan malam ini (semalam),” katanya.

Walaupun terus mencatat keputusan tidak seperti diharapkan, namun bekas pengendali Brighton itu menaruh sepenuh kepercayaan bahawa mereka masih berada pada landasan tepat untuk kembali bangkit.

“Sekarang kami perlu tahu sama ada pasukan berada pada landasan yang betul ataupun tidak. Berdasarkan apa yang saya lihat dalam empat perlawanan terakhir, kami berada di landasan yang tepat,” ujar De Zerbi. – AGENSI

 

The post EFL: De Zerbi terpaksa minta maaf sekali lagi appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved