EFL: Man. City mahu lepas geram

Football
28 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: EFL: Man. City mahu lepas geram

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Enzo Maresca menganggap beliau sudah mempelajari sesuatu selepas tewas kepada Aston Villa menjelang pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Brighton di Stadium Etihad awal pagi esok.

City boleh dianggap seperti harimau terluka ketika ini dengan aksi bertemu Brighton mampu menjadi medan terbaik untuk The Citizens melakukan kebangkitan dan kembali mendapatkan rentak kemenangan.

Maresca berkata, pemain-pemainnya sudah belajar sesuatu daripada kekalahan kepada Villa dan sedia menjadikan Brighton sebagai mangsa biarpun sedar skuad kendalian Fabian Hurzeler itu sukar untuk dijinakkan.

“Dalam bola sepak, anda sentiasa boleh memperbaiki kelemahan. Dalam mana-mana perlawanan, bolos adalah satu perkara biasa dan kami tahu apa yang perlu dilakukan dalam perlawanan akan datang.

“Kami sudah pun belajar sesuatu daripada kekalahan kepada Villa sebelum ini dan sekarang kami hanya mahu pandang ke depan. Saya harap semua pemain akan tampil dengan aksi lebih kemas,” katanya.

Sementara itu, kapten City, Ruben Dias percaya masih banyak ruang yang perlu diperbaiki, namun pemain Portugal itu melaungkan keyakinan mereka mampu untuk melangkah ke pusingan seterusnya.

“Buat masa ini, kami hanya fokus langkah demi langkah kerana perjalanan masih jauh untuk musim ini. Semua pemain sudah pun melupakan kekalahan terdahulu dan sedia melakar kebangkitan,” ujarnya. – AGENSI

The post EFL: Man. City mahu lepas geram appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved