UCL: Foden kembali bukti kualiti

FootballSports
22 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: UCL: Foden kembali bukti kualiti

MANCHESTER – Tonggak tengah Manchester City, Phil Foden memanfaatkan peluang yang diberikan untuk membuktikan kualitinya masih kekal selepas cemerlang merakam hatrik ketika membenam AEK Athens 5-1 pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Pengurus City, Enzo Maresca mengakui sedar kualiti yang ada pada Foden dan menganggap pemain itu sudah kembali menemui sentuhan sekali gus mampu memacu pasukan ke arah lebih baik.

“Sejak hari pertama saya bersama pasukan saya sudah katakan dia adalah salah seorang pemain Inggeris terbaik. Saya tahu betapa bagusnya dia dan kami hanya cuba membantu kerana saya pasti dia juga akan membantu pasukan.

“Atas sebab tertentu, dia berdepan masalah sejak dua tahun yang lepas, namun saya tahu dia memiliki kualiti untuk membantu pasukan,” katanya.

Tiga gol kali ini membuktikan Foden mampu untuk mengekalkan aksi cemerlang secara lebih konsisten selepas turut merekodkan namanya selaku penjaring semasa kalahkan Ipswich Town dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Dua lagi jaringan The Citizens dihasilkan oleh Elliot Anderson, Rayan Cherki, manakala Stavros Pilios meledak gol saguhati buat kelab Greece berkenaan.

“Saya fikir Rayan juga sedang berada pada prestasi terbaik, sama seperti pemain lain. Dua berjaya menghadirkan impak buat pasukan dan semestinya kami boleh mengharapkan sesuatu daripadanya,” kata Maresca. – AGENSI

 

The post UCL: Foden kembali bukti kualiti appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved