
Baru-baru ini, pelakon Theebaan G berkongsi momen disebalik tabir penggambaran filem Magik Rompak bersama pelakon utama iaitu Zul Ariffin.
Theebaan tertendang dada Zul Ariffin
Dapat dilihat menerusi perkongsiaan video di platform Instagram, Theebaan dan Zul kelihatan sedang melakonkan babak aksi, di mana kedua-duanya perlu bertarung dan melakukan aksi pukul-memukul.
Namun begitu, sedang asyik bertarung, Theebaan secara tidak sengaja melepaskan tendangan tepat di dada Zul dan terkejut dengan kejadian tersebut, Theebaan langsung memeluk serta memohon maaf kepada aktor tersebut kerana bimbang akan menyakitinya.
View this post on Instagram
Sikap profesional Zul dipuji
Tetapi, hal yang mencuri perhatian apabila Zul mempersoalkan tindakan Theebaan sebelum tersenyum sambil membalas pelukan pelakon filem Paskal itu.

Eh kenapa kau stop?
Perkongsiaan tersebut telah menjadi bualan ramai susulan tindakan Zul dipuji ramai kerana bersikap profesional dalam lakonannya.
Meski Dipenuhi Komen 'Gatal', Zul Ariffin Terus Muat Naik Foto Tidak Berbaju - "Jom Balik Rumah"
The post “Eh Asal Kau Stop?” – Zul Ariffin ‘Ditendang’ Di Bahagian Dada, Sikap Profesional Dipuji Ramai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
