"Eh! Macam Kenal Cikgu Ni!" - Netizen Teruja! Pelakon Drama Sutun Kini Seorang Guru

Entertainment
6 Apr 2023 • 2:14 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Mesti ramai pernah menonton drama yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Drama yang dimaksudkan adalah drama Sutun yang ditayangkan pada tahun 2005. Drama yang sememangnya lain dari yang lain apabila menampilkan watak utama seorang lelaki lembut yang sukakan warna merah jambu.

Pelakon utama drama tersebut adalah Ku Yusry. Setelah 18 tahun watak yang dibawa oleh Ku Yusry masih segar di ingatan para peminat drama tersebut dan ramai juga tertanya-tanya kemana perginya Ku Yusry setelah kejayaan drama Sutun.

Rupa-rupanya, Ku Yusry menabur bakti sebagai seorang guru.Viral beberapa video di TikTok yang dimuat naik oleh seorang rakan Ku Yusry di sekolah yang sama, memaparkan perkembangan terkini Ku Yusry. Netizen berasa teruja kerana dapat menjejaki Ku Yusry.

Yang menarik perhatian, meja miliknya di sekolah juga penuh dengan warna merah jambu! Apa-apa pun selamat bertugas Cikgu Ku Yusry! Moga dikurniakan kesihatan dan kesabaran dalam menjalankan tugas.