“Eh relax la” – Mainkan ‘Lagu Perpisahan’ Untuk Majlis Kahwin, Tyra Kamaruzzaman Bidas Tuduhan Netizen

Entertainment
6 May 2024 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hujung minggu lalu, media sosial dibanjiri dengan keunikan tema majlis resepsi usahawan kosmetik, Tyra Kamaruzzaman yang berkahwin dengan seorang pereka fesyen, Emran Rijal.

Apa yang menarik perhatian adalah busana yang dipakai oleh pasangan mempelai itu berkonsepkan ‘Puteri Gunung Ledang’ yang direka khas oleh Emran sendiri.

image is not available
Sumber: ehmalaysia

Nyanyi lagu perpisahan?

Tular di X mengenai lagu ‘I Will Always Love You’ oleh Whitney Houston yang dinyanyikan oleh Aina Abdul pada majlis resepsi tersebut. Seorang netizen mendakwa lagu tersebut tidak sesuai dinyanyikan pada majlis perkahwinan kerana maksudnya berkait dengan perpisahan.

Lagu ‘I Will Always Love You’ oleh Whitney Houston bukan lagi sesuai untuk perkahwinan sebab tu lagu perpisahan.

Nampak ‘I love you’ je terus sauk. Belajarlah erti lagu, bukan main sumbat je masuk majlis sebab nak nampak grand.

Di ruangan balas juga, rata-rata netizen turut menegur segelintir orang yang memainkan lagu bertemakan perpisahan pada majlis perkahwinan.

image is not available

Tyra suruh netizen bertenang?

Bagaimanapun, Tyra telah mebidas tuduhan netizen menerusi IG Story miliknya. Kata Tyra, tiada siapa yang fokus dengan maksud lagu tersebut malah lagi teruja mendengar lagu itu dinyanyi merdu oleh Aina Abdul.

Eh relax la. Kita tak request pun lagu tu tapi sangat teruja bila lagu Whitney Houston dinyanyikan oleh Aina Abdul. Itu pun lagu kegemaran Emran.

Tiada siapa yang ambil tahu maksud lagu tu sebab lebih terharu dengar suara Aina. It’s not that deepwedding I, suka hati I la nak lagu apa.

image is not available

Sekadar info, majlis perkahwinan pasangan ini telah mendapat perhatian warganet dek kerana keunikan tema yang diinspirasikan oleh lagenda ‘Puteri Gunung Ledang’ serta busana yang dipakai oleh Tyra sangatlah cantik dan unik.

Mungkin orang pun tak kisah pasal lagu tu.. yang penting min suka baju Tyra!

Sumber: X, Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.