“Eh Tu Bukan Ke..” – Kim Jongkook Kantoi Pergi Bercuti Dengan Anak Di Macau Sebab Foto Ini?

29 Jul 2024 • 11:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sebelum ini, memang ada banyak kan khabar angin menyatakan bahawa Kim Jong-kook dah ada anak sendiri.

Baru-baru ini menerusi laman Instagram, Kim Jong-kook telah memuat naik beberapa foto percutian bersama keluarganya di Macau.

Dalam foto pertama, lelaki itu bangga mendedahkan badannya yang gagah dan berotot, membuatkan ramai kagum.

Namun, peminat mendakwa bahawa Kim Jong-kook turut pergi bercuti dengan anaknya apabila melihat kereta sorong bayi di sebelahnya.

Bagaimanapun, ia sebenarnya adalah bahagian belakang kerusi berjemur di kawasan kolam renang hotel tersebut, yang kelihatan seperti kereta sorong bayi. Komen peminat,

  • Ingat ke tu kereta sorong bayi
  • Eh saya taktau pula awak ada anak.
  • Sebab ni la ada banyak khabar angin yang cakap dia ada anak
  • Pergi melawat anak kat Macau ke tu?

Terkejut kita!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.