“Usyux, Chuynx”- JPN Kongsi Panduan Untuk Ibu Bapa Beri Nama Pada Bayi Baru Lahir

Family & Parenting
28 Jul 2024 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebagai ibu bapa, sudah semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kan termasuklah dalam pemberian nama kepada bayi yang baru lahir ke dunia ini kerana nama yang baik itu juga merupakan doa kepada anak tersebut.

Namun, tidak dinafikan juga ada sesetengah ibu bapa yang lebih berminat untuk memberikan nama unik kepada anak mereka tapi diingatkan juga agar tidak menyusahkan anak-anak atau guru mereka untuk menulis dan menyebut nama mereka apabila anak itu mula bersekolah nanti.

Oleh itu, pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) baru-baru ini ada berkongsikan garis panduan kepada ibu bapa tentang pemberian nama anak yang telah ditetapkan oleh pihak mereka.

Pihak JPN menerusi Facebook telah berkongsikan guidelines tersebut untuk panduan ibu bapa di luar sana dalam memberi nama anak dalam sijil lahir.

image is not available

Ibu bapa tidak boleh menggunakan nama yang tidak memberi makna baik dalam Bahasa Melayu atau nama yang tidak diingini seperti harimau, skibidi dan sebagainya.

Selain itu, ibu bapa juga tidak boleh meletakkan nama gelaran Dato’, Tan Sri, Puan Sri atau Haji kepada bayi mereka.

Ibu bapa atau penjaga juga tidak boleh untuk meletakkan nama anak yang ejaannya boleh mengelirukan atau terlalu fancy sehingga menyebabkan nama tersebut sukar dieja dan disebut.

Ibu bapa perlu ingat bahawa had maksimum aksara nama pada sijil kelahiran ialah 80 aksara sahaja, jadi kalau nama yang dipilih itu terlalu panjang sehingga melebihi 80 aksara, penjaga perlu pendekkan pilihan nama tersebut.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.