Eiger Adventure Malaysia buat program agih bubur lambuk, iftar bersama komuniti

12 Mar 2025 • 12:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Selaras dengan pendiriannya, Eiger Adventure Malaysia telah mengadakan sebuah program pemberian bubur lambuk kepada orang ramai dalam membantu komuniti-komuniti di negara ini.

Dengan kolaborasi bersama rakan strategiknya, Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), acara ini membangunkan lagi kesedaran orang ramai tentang produk dan jenama Eiger Adventure yang sudah beroperasi di Malaysia selama 1 tahun.

Eiger Adventure Malaysia agih bubur lambuk

image is not available

“Program ini selaras dengan pendirian kami iaitu selain menghasilkan produk berkualiti adn bersesuaian dengan iklim tropical, Eiger Adventure juga turut memberikan sokongan kepada komuniti-komuniti yang ada di Malaysia,” kata jenama itu dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, PMGM juga telah mengadakan pelantikan ahli baru seramai 15 orang bagi memastikan setiap aktiviti pendakian di Malaysia mendapat bimbingan oleh mereka yang berkelayakan dan berkemahiran.

image is not available

Acara yang dirasmikan oleh Syed Ahmad atau lebih dikenali sebagai Altimet telah diadakan di hadapan Flagship Store Eiger Adventure di Jalan Ampang pada Sabtu sekitar 5.30 petang.

Sebanyak 400 bubur lambuk telah diberikan orang ramai dan acara itu ditamatkan dengan program berbuka puasa bersama komuniti pendaki gunung dan orang ramai.

Pada masa yang sama, acara pengagihan bubur lambuk dari Eiger Adventure Malaysia turut dilaksanakan di dua lagi cawangannya iaitu di My Town dan di The Curve.

image is not available

Pengunjung juga mendapat potongan RM15 sehingga RM25 dan diskaun 20%-50% di semua cawangan Eiger Adventure Malaysia.