Eina Azman tak kisah dilabel kurus seperti Popeye, rambut hitam pontianak

EntertainmentLifestyle
23 Aug 2025 • 5:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Paduka Eina Azman tak kisah apabila segelintir netizen mendakwa wajahnya kelihatan pelik dan berbeza berbanding dahulu.

Sebaliknya, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 30, berkata kebahagiaan hidup jauh lebih penting daripada memenuhi jangkaan orang lain terhadap penampilannya.

“Saya tidak pernah minta pandangan sesiapa tentang wajah saya.
“Saya bahagia dengan kehidupan saya. Kalau orang nak kata saya kurus macam kartun Popeye atau rambut hitam macam pontianak sekali pun, saya tetap okey.

image is not available

“Bagi saya, keluarga gembira dan orang tersayang berada dekat, itu sudah cukup,” katanya.

Eina Azman tak kisah dilabel kurus seperti Popeye

Tegas Eina, dirinya langsung tidak terkesan dengan kata-kata negatif, malah menganggap komen tersebut sekadar hiburan ringan buat dirinya dan suami, Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet.

image is not available

“Saya tidak marah, hanya mampu ketawa saja. Suka hati kamu nak kata apa.
“Saya asyik baca komen orang menuduh saya pakai filter, mempertikaikan bentuk mata, hidung dan kening saya.

image is not available

image is not available

“Apa masalahnya? Gemuk salah, hitam salah, muka berjerawat pun salah. Bila kurus dan putih, tetap salah juga kan?” ujarnya.

Terdahulu, wajah ibu dua anak itu menjadi bualan hangat selepas kemunculannya bersama suami dalam sebuah sesi siaran langsung yang kemudian tular di media sosial.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli)