#EiTahuTak | Restoran Nasi Lemak Sungai Pelek Che Dil Cyberjaya terkenal kerana menyajikan hidangan kampung yang autentik

Food
26 Jun 2026 • 9:00 AM MYT
Zulkifly Baharom
Zulkifly Baharom

An HR practitioner, Sejahtera Leadership Coach & Gusi Peace Prize Laureate.

Image from: #EiTahuTak | Restoran Nasi Lemak Sungai Pelek Che Dil Cyberjaya terkenal kerana menyajikan hidangan kampung yang autentik
Dr. Zul yakin restoran ini memenuhi gaya hidup warga Cyberjaya mengadaptasi teknologi. Foto: Zarina

Sungai Pelek ialah sebuah pekan kecil yang terletak di Daerah Sepang, Selangor. Ia berada di bahagian selatan negeri Selangor, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan dan kawasan pantai. Ciri-ciri geografi dan lokasinya yang strategik berhampiran KLIA yang hanya 30 minit pemanduan. Ia berada sangat dekat dengan pantai popular seperti Pantai Bagan Lalang dan pusat peranginan Avani Sepang Goldcoast Resort. Ia juga terletak di sepanjang laluan persekutuan yang menghubungkan kawasan Sepang/Morib dengan Port Dickson. Saya & keluarga pernah mengunjungi Sungai Pelek. (https://www.mpsepang.gov.my)

Oleh itu, kami amat teruja bila terserempak dengan jenama Restoran Nasi Lemak Sungai Pelek Che' Dil yang kini telah beroperasi di Cyberjaya. Ia terkenal kerana menyajikan Nasi Lemak gaya kampung yang autentik. Keistimewaannya terletak pada sambal resipi rahsia dan santan pekat yang kaya dengan rasa tradisional, menjadikannya tarikan utama bagi penduduk tempatan dan pelancong. Jenama ini semakin berkembang maju seperti lokasi asal di Sungai Pelek. Restoran ini juga diiktiraf oleh Majlis Perbandaran Sepang kerana standard kebersihan dapur masakan & premisnya. (https://platselangor.com.my)

Image from: #EiTahuTak | Restoran Nasi Lemak Sungai Pelek Che Dil Cyberjaya terkenal kerana menyajikan hidangan kampung yang autentik
Hidangan kesampingan di restoran ini termasuk Cendol Retro Batu Kikir (Negeri Sembilan) untuk pencuci mulut dengan rasa tradisional yang padu & variasi topping yang segar & “meriah”. Foto: Zarina

Saya perhatikan di restoran ini terdapat pelbagai pilihan hidangan kesampingan lauk-pauk tradisional Melayu yang turut disediakan untuk melengkapkan hidangan nasi lemak atau nasi campur. Lauk sampingan paling popular ialah ayam goreng berempah dengan tekstur ranggup dan sedak berempah. Menu roti bakar pistachio premium terbaharu menjadi tarikan sampingan. Pelbagai pilihan kuih-muih tradisional sebagai pencuci mulut Melayu untuk pelanggan.

Image from: #EiTahuTak | Restoran Nasi Lemak Sungai Pelek Che Dil Cyberjaya terkenal kerana menyajikan hidangan kampung yang autentik
Dr. Zul menyatakan bahawa “Jenama warisan keluarga ”Chek' Dil' membawa identiti hidangan nasi lemak pasar basah dari pekan Sungai Pelek untuk dikomersilkan ke peringkat lebih luas." Foto: Zarina

Saya difahamkan jenama Che' Dil merujuk kepada nama panggilan pengasas atau figura di sebalik resipi asal hidangan tersebut, yang mana perniagaan ini bermula sebagai sebuah gerai keluarga yang sangat popular di Pasar Basah Sungai Pelek. Resipi tulen gaya kampung inilah yanf diwarisi dan dibawa keluar ke kawasan bandar. Ia adalah sebagai tanda penghormatan kepada pemilik asal resipi & identiti tempat asal usul hidangan ini untuk dikomersilkan.

Saya yakin masa depan restoran ini sangat cerah dan berpotensi besar sebagai salah satu hub makanan kegemaran komuniti moden untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran bandar teknologi ini. Melangkah ke hadapan, hala tujunya mesti mengutamakan transformasi digital dan pesanan pintar.


Image from: #EiTahuTak | Restoran Nasi Lemak Sungai Pelek Che Dil Cyberjaya terkenal kerana menyajikan hidangan kampung yang autentik

Korek & kongsi fakta menarik Malaysia dan berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM4,300! Ketahui cara penyertaan di siniT&S terpakai. 


Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved