Ekin Mawi Tak Puas Hati Kena Caj RM1200, Owner Kedai Jelaskan Harga Untuk 20 Orang Makan

Food
5 Oct 2023 • 9:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Isteri kepada penyanyi popular Mawi iaitu Ekin meluahkan rasa tak puas hati kena caj sehingga RM1200 ketika makan di sebuah restoran di Johor Bahru. Uish!

Ekin bertanya para pengikut Instagram sama ada mereka pernah makan di restoran seafood tu, iyalah Ekin baca resit pun tak faham sebab tulisan doktor katanya.

image is not available

Bila dah viral, pemilik kedai tampil menjawab bil RM1260 itu adalah untuk 20 orang makan termasuk kanak-kanak.

image is not available

Mak cik siap terangkan sekali lagi harga bagi setiap menu yang dipesan. Antaranya pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong celup tepung, ketam cili, ketam telur masin dan telur dadar.

Kata mak cik ini lagi, kalau masih tak berpuas hati bolehlah berjumpa dengannya sendiri. Iyalah hal makan minum ni tak boleh dibuat main kan.

Apa pendapat korang?

Tonton video penuh:

Kredit: Facebook Mohd Yusof Abdullah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.