Tular Harga Makan “Seafood” RM1,260, KPDN Bakal Ambil Tindakan

5 Oct 2023 • 6:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular Harga Makan “Seafood” RM1,260, KPDN Bakal Ambil Tindakan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor memaklumkan bahawa notis telah dikeluarkan kepada kedai makanan laut yang didakwa mengenakan caj mahal, lapor Sinar Harian.

Pengarah KPDN, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan itu telah diambil mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna.

Di mana ia berkaitan dengan tanda harga mengelirukan yang dipamerkan oleh kedai tersebut.

“Premis juga diberi notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 supaya mengemukakan maklumat untuk pengiraan pencatutan.

“Penguat kuasa sudah memantau harga dan operasi kedai makan itu dan sudah mengambil tindakan sesuai. Kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Tindakan diambil selepas hantaran Ekin tular di media sosial

Tindakan itu diambil susulan muat naik video oleh isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin berkenaan ketidakpuasan hatinya dengan harga tersebut.

Muat naik tersebut telah dilakukan oleh Ekin di media sosialnya sambil meluahkan bahawa caj yang dikenakan di sebuah kedai makan adalah melampau.

Hantaran yang dibuat di akaun Instagram miliknya, Ekin turut berkongsikan gambar resit dan jumlah caj yang telah dikenakan kepadanya.

“Paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor ya,” tulisnya yang turut menandakan akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Susulan muat naik itu, pemilik kedai makan yang didakwa mengenakan caj mahal di Johor Bharu itu tampil memberikan penjelasan mereka.

Penjelasan itu dibuat oleh pemilik kedai makanan laut itu pada petang Rabu lalu.

Menerusi video muat naik penjelasan tersebut, wanita itu telah memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin.

Caj itu dikeluarkan terhadap Ekin yang datang ke kedai makan itu bersama hampir 20 orang ahli keluarganya pada Sabtu lalu.

Sumber: Sinar Harian