
KERAJAAN Negeri akan memanfaatkan Ekonomi Biru dengan pelabur asing yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata, Ekonomi Biru mempunyai potensi besar dalam pelbagai sektor seperti perikanan dan akuakultur, tenaga boleh diperbaharui dan karbon biru.
“Terdapat juga potensi untuk Ekonomi Biru dibangunkan dalam sumber mineral, bioteknologi dan farmaseutikal, perkapalan dan pengangkutan, pelancongan, pengurusan sisa, kawalan pencemaran dan infrastruktur marin.
“Ia selaras dengan Belanjawan 2024 yang menyasarkan pembangunan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah,” katanya sambil menambah Ekonomi Biru telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 sebagai pendekatan untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.
SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Kita mesti sedar bahawa dahulu ia hanya konsep ekonomi, tetapi kini ia menjadi satu kemestian untuk diteroka.
“Lebih-lebih lagi, kedudukan geografi Sabah sangat strategik, dikelilingi lautan seluas 37,300 kilometer persegi (km persegi), pelantar benua seluas 116,800km persegi dan garis pantai sepanjang 2,383km. Dengan khazanah dan kekayaan biodiversiti marin yang ada di Sabah, potensinya sangat besar.
“Justeru, Kerajaan komited dan memandang serius pembangunan Ekonomi Biru kerana ia memahami implikasi kepada rakyat, alam sekitar dan masa depan bersama,” katanya pada perasmian Persidangan SMJ-EKOB 2023: Meneroka Khazanah Baharu melalui Konsep Ekonomi Biru di Negeri Sabah bertemakan “Beyond Limits,
Unleashing Economy” di Kota Kinabalu pada 14 Dis. Ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong.
Hajiji berkata, ketika mengetuai delegasi ke Sidang Kemuncak Ekonomi dan Teknologi China Global (GCET) di China bulan lepas, beliau mempelawa pelabur di sana untuk meneroka potensi Ekonomi Biru Sabah bersama Kerajaan Negeri dan membangunkan sektor pemprosesan makanan di Negeri ini.
“Sabah mempunyai garis pantai terpanjang di Malaysia menjangkau lebih 1,000km dan mempunyai potensi besar untuk penternakan ikan dan hasil laut lain,” tambahnya.
Beliau juga meminta pelabur di sana untuk mempertimbangkan sektor tenaga Sabah yang terdiri daripada sumber bahan api fosil dan tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan angin.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkaitan dengan Ekonomi Biru akan berusaha gigih untuk menarik lebih ramai pelabur asing, termasuk dari China, untuk melabur dalam konsep itu.
Hajiji berkata konsep Ekonomi Biru diperkenalkan pada 2012 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang merujuk kepada penggunaan mampan sumber marin untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan penciptaan pekerjaan di samping mengekalkan kelestarian ekosistem marin.
Beliau berkata, rancangan menerokai Ekonomi Biru itu juga selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025, yang telah menggariskan strategi untuk menggunakan setiap sumber yang ada di Sabah secara optimum.
Menurut Hajiji, ciri Pelan SMJ sejak awal lagi memberi ruang untuk meneroka kaedah atau sumber baharu bagi meningkatkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di samping memelihara ekosistem alam sekitar.
“Agenda ini terkandung dalam teras utama Pelan SMJ di bawah elemen J: Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau, yang pada dasarnya menyokong agenda pembangunan Ekonomi Biru di Sabah,” tambahnya.
Mengenai program SMJ-EKOB 2023, Hajiji berkata ia adalah platform untuk mewujudkan kerangka kerja ekonomi yang akan menentukan hala tuju Ekonomi Biru bagi Negeri ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

