‘Ekosistem alam terlalu hancur, yang rasa kita orang biasa’

LocalEnvironment
14 Oct 2026 • 3:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Ekosistem alam terlalu hancur, yang rasa kita orang biasa’

LANTANG bersuara, penyanyi Indonesia Cakra Khan meluahkan rasa kebimbangan terhadap kerosakan alam sekitar terutamanya isu jerebu dan kebakaran hutan yang berlaku di Kalimantan ketika ini.

Pada masa sama, Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman, 34, menyelar sikap segelintir pihak berkuasa dan golongan elit yang dianggap tamak serta tidak mempedulikan nasib rakyat biasa.

“Ketika ekosistem alam sudah terlalu hancur, yang akan paling merasakan adalah kita masyarakat biasa.

“Bagi golongan kaya yang tamak dan pemimpin yang korup, mereka mampu mencari jalan melepaskan diri daripada kemusnahan alam sekitar. Kita tidak,” katanya dalam Threads.

Selain itu, pelantun lagu Mencari Cinta Sejati itu menyeru orang ramai untuk terus bersikap ambil tahu serta bangkit mempertahankan kelestarian alam.

“Bangkitlah, bersuara dan selamatkan bumi, hidupan liar serta kehidupan kita sendiri sebelum semuanya terlambat,” katanya lagi.

Dalam hantaran lain, Cakra turut mendesak pihak kerajaan negaranya mengambil tindakan tegas selain meluahkan rasa kesal apabila pencemaran tersebut menjejaskan penduduk di negara jiran.

“Kerajaan, lihatlah ini semua, rakyatmu ini. Asapnya sudah sampai menganggu saudara-saudara kita di negara jiran.

“Kasihan mereka yang terkena kesan semua ini, berhati-hati semua yang terkena musibah yang dibutakan orang bodoh dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Sebelum ini, Wilayah Kalimantan dan Sumatera di Indonesia berdepan kebakaran hutan dan tanah yang meluas tahun ini, dengan jerebu menjejaskan penerbangan, memaksa penutupan sekolah dan menyebabkan kualiti udara berada pada tahap berbahaya di beberapa kawasan di negara itu.

Masalah kebakaran tersebut turut memberi kesan kepada Malaysia apabila terpaksa berhadapan dengan isu jerebu yang teruk.

Setakat semalam, sebanyak 20 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Ekosistem alam terlalu hancur, yang rasa kita orang biasa’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved