Ekosistem OKU perlu diperkasa, peluang kerja diperluas

LocalPolitics
16 Nov 2026 • 9:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ekosistem OKU perlu diperkasa, peluang kerja diperluas

SHAH ALAM, 16 NOV: Ekosistem untuk orang kelainan upaya (OKU) di Selangor perlu diperkasa secara menyeluruh bagi memastikan golongan itu mendapat peluang hidup berdikari dan tidak hanya bergantung kepada bantuan kebajikan.

Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abdul Rashid berkata pendekatan itu penting bagi memastikan OKU mendapat akses pendidikan, pekerjaan dan peluang menyertai kehidupan bermasyarakat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kemudahan mesra OKU dan aspek kebolehcapaian diperluas khususnya di bangunan kerajaan, kawasan awam, pengangkutan serta kawasan komuniti.

“Kerajaan juga perlu memperkukuh peluang pekerjaan kepada OKU melalui kerjasama sektor awam dan swasta. Selain itu, memperluas program latihan kemahiran dan kehidupan berdikari seperti dilaksanakan pusat sokongan kehidupan berdikari (ILSC).

“Sokongan kepada keluarga dan penjaga OKU juga kena diperkukuh melalui latihan, bantuan peralatan serta kemudahan penjagaan sementara. Setiap PBT juga perlu mempunyai pelan tindakan OKU yang jelas dan boleh diukur.

“Kita mahu Selangor menjadi negeri yang bukan sahaja prihatin terhadap OKU, tetapi benar-benar memberikan peluang kepada mereka untuk hidup dengan bermaruah,” katanya membahaskan Belanjawan Selangor 2027 pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Ketika membentang Belanjawan 2027, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi Bantuan Peralatan Penjagaan Negeri Selangor.

Menurutnya, peruntukan itu meningkat RM150,000 berbanding RM350,000 tahun ini, bagi membantu keluarga mendapatkan peralatan khusus untuk menjaga warga emas, OKU dan ahli keluarga uzur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved