Eksesais di Bangunan Perdana Putra, jangan panik lihat helikopter - MKN

LocalPolitics
17 Oct 2024 • 8:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MKN Jabatan Perdana Menteri mengingatkan orang ramai agar kekal bertenang dengan kehadiran helikopter dan bunyi letupan di sekitar Bangunan Perdana Putra Sabtu ini. Foto123RF

PUTRAJAYA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri mengingatkan orang ramai agar kekal bertenang dengan kehadiran helikopter dan bunyi letupan di sekitar Bangunan Perdana Putra di sini pada jam 8 pagi hingga 2 petang, Sabtu ini.

MKN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan Latih Amal Keselamatan Negara: Eksesais Megastealth 2024 yang bertujuan menguji proses evakuasi serta kesiapsiagaan keselamatan di bangunan itu pada hari terbabit.

"Latih amal itu akan melibatkan empat helikopter iaitu dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat Polis Diraja Malaysia serta bot Pasukan Polis Marin Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya.

"Bahan letupan dan bom asap juga akan digunakan,” menurut kenyataan itu. - Bernama