Lelaki melecur 90%, telefon bimbit meletup ketika dicas

Technology
15 Oct 2024 • 9:43 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

BATAM, INDONESIA – Seorang lelaki cedera parah akibat terkena letupan telefon bimbit yang berlaku secara tiba-tiba, ketika sedang menggunakan alat peranti itu di rumah, Jumaat lalu.

Jiran berdekatan pada awalnya terdengar bunyi letupan, lalu keluar mencari punca bunyi tersebut, tetapi gagal menemuinya sebelum terdengar jeritan mangsa dari dalam rumah.

Sebaik saja masuk ke dalam rumah, mereka mendapati badan mangsa, Bastian Sihombing, 23, berasap dan terus bergegas mendapatkan air untuk menyiramnya.

Mangsa kemudian dibawa keluar dan ditutup dengan daun pisang, sementara menunggu kedatangan ambulans untuk dibawa ke hospital.

Siasatan mendapati, mangsa tertidur semasa menggunakan telefon bimbitnya yang sedang dicas. Dan secara tiba-tiba telefon bimbit itu meletup dan terbakar.

Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami luka terbakar 90 peratus dan kini masih menjalani rawatan di hospital. – Agensi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved