Eksklusif! YB Helmy Kongsi Buat ‘Content’ Bukan Untuk Kejar Populariti

LocalPolitics
4 May 2026 • 1:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

YB Mohd Noor Helmy, ADUN Duyong, berkongsi pendekatan berbeza dalam menggunakan media sosial bukan sekadar menghasilkan kandungan, tetapi sebagai tapak untuk mendidik masyarakat tentang standard dan isu berkaitan infrastruktur.

Berlatarbelakangkan pengalaman sebagai kontraktor infrastruktur, beliau memahami cabaran yang sebenar dan dalam setiap perkongsian yang dibuat bukan hanya bersifat informatif, tetapi juga bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan kualiti, keselamatan, dan perancangan yang betul.

Menurut beliau, integriti dan semangat berkhidmat kepada masyarakat adalah asas utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Usaha menyelesaikan masalah di kawasan Duyong pula tidak dilakukan secara bersendirian, tetapi melalui kerjasama pasukan yang komited.

Pendekatan ini membuktikan bahawa media sosial boleh menjadi alat yang berkuasa bukan sekadar untuk hiburan, tetapi juga sebagai medium pendidikan dan perubahan. Saksikan temu bual eksklusif penuh untuk memahami lebih lanjut visi dan usaha beliau. Tonton temubual eksklusif bersama YB di Oh! Podcast.

The post Eksklusif! YB Helmy Kongsi Buat ‘Content’ Bukan Untuk Kejar Populariti appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved