
Kota Kinabalu: Majlis Belia Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) berkata perkembangan politik terkini di Sabah yang menyaksikan kerajaan memerintah, Gabungan Rakyat Sabah (GR, akan bersatu sebagai gabungan tempatan sepenuhnya akan memperkasakan lagi komuniti orang asal.
Pengerusi Majlis Belia, Steve Johnny Mositun, berkata adalah sesuai untuk komuniti orang asal di Sabah diwakili oleh parti politik tempatan.
“Siapa yang lebih memahami aspirasi sebenar mereka, cabaran dan keperluan mereka selain daripada parti politik tempatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
