
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Nasib yang menimpa rakyat Palestin khususnya di Gaza nyata mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia.
Apatah lagi, tindakan dan kekejaman Israel baru-baru ini yang menyekat segala bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai termasuk Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) nyata membuka mata ramai pihak.
Dek kerana tindakan tidak berperikemanusiaan rejim zionis itu, ramai yang mula menyatakan hasrat untuk menghulurkan bantuan dengan cara tersendiri.
Baca Artikel Berkaitan: Itali & Sepanyol Hantar Kapal Perang Bantu Misi Global Sumud Flotilla Menuju Gaza
Baca Artikel Berkaitan: Sumud Flotilla: 12 Peserta Malaysia Termasuk Zizi Kirana & Heliza Helmi Ditahan Tentera Israel [Video]
Lelaki Isi Tepung Dalam Bekas, Mahu Cuba Cara Jatuhkan Ke Dalam Laut
Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang lelaki yang mencampakkan sebuah balang plastik berisi 1 kilogram (kg) tepung dan 1 kilogram beras.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat pada mulanya seorang lelaki berdiri dalam sebuah bot dengan memakai jaket keselamatan memegang balang plastik.
Dia kemudiannya dilihat membuang bekas tersebut ke dalam laut berhampiran Sandakan Bay, Sabah.
Apa yang menjadi perhatian adalah bekas berisi beras dan tepung itu dilihat terapung dan timbul di permukaan air.
“Menghampiri D-Day. Pelayaran tepung ke Gaza. Kita campakkan 1kg tepung dan 1kg beras dalam balang plastik yang kita seal dengan penutup dia dengan sellotape (pelekat).
“Alhamdulillah. Dia (bekas) terus timbul dan hanyut ikut arus,” tulisnya lagi.
Lelaki Ambil Kembali Bekas Dalam Laut, Anggap ‘Eksperimen’ Berjaya
Individu itu kemudiannya dilihat mengambil kembali bekas tersebut dan menganggap cubaan dan eksperimennya itu membuahkan hasil.
“Kesimpulan, kita akan guna kaedah ini untuk bekalan yang perlu dihanyutkan di perairan sana (Gaza).
“Moga kelak mereka akan tunggu balang-balang dari Malaysia di Pantai Gaza,” katanya.
Tonton video penuh [DI SINI]
Pernah Cuba Jatuhkan Beras & Tepung Dalam Bekas Berisi Air
Melalui hantaran berasingan, pengguna berkenaan telah mencuba beberapa cara sebelum membuang bungkusan tersebut ke dalam laut.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat dia mengikat plastik berisi beras pada sebuah botol siap dengan bendera Malaysia dan menjatuhkan ianya ke dalam bekas warna hitam berisi air.
Apa yang menjadi perhatian adalah bungkusan tersebut turut timbul ke atas air.
#pelayarantepung #botbelacak #pelautjawi
Tonton video penuh [DI SINI]
Dia kemudiannya mencuba cara berbeza dengan memasukkan bungkusan beras dan gandum serta botol ke dalam plastik.
Cara sebegitu juga dilihat berkesan apabila bungkusan plastik berkenaan turut timbul di atas permukaan air.
Selepas mendapat maklum balas (feedback) dari orang ramai, pengguna itu akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan bekas plastik berbanding plastik itu sendiri.
Dia bagaimanapun tidak menjelaskan di manakah lokasi sebenar balang plastik itu akan dihanyutkan kelak.
Ini kerana agak mustahil untuk menghanyutkan makanan dari perairan Malaysia jika mahu ianya sampai ke bumi Gaza.
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Beri Reaksi Pelbagai
Perkongsian yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi pendapat tersendiri apabila melihat cara serta teknik lelaki berkenaan.
Ramai yang mempersoalkan tindakannya yang membuang bekas berkenaan ke dalam laut apatah lagi ia dilihat seakan mencemarkan laut berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada yang salah faham dan menyangka dia akan menghanyutkan bungkusan berkenaan dari perairan Malaysia.
Namun, ada segelintir pengguna media sosial yang melihat tindakan lelaki berkenaan dari sudut positif dan memuji inisiatif dalam usaha untuk membantu rakyat Palestin.
Rakyat Mesir & Tukiye Pernah Hanyutkan Botol Makanan Ke Gaza
Untuk info, sebelum ini, sekumpulan rakyat Mesir dan Turkiye pernah menghanyutkan botol berisi makanan ke Lautan Mediterranean sebagai cubaan untuk menghantar bekalan makanan ke Gaza.
Kempen yang diberi nama “Dari Laut ke Laut – Sebotol Harapan untuk Gaza” itu menunjukkan botol bersaiz satu atau dua liter diisikan dengan beras, lentil, kekacang, dan makanan kering lain sebelum dilepaskan ke laut.
Pada ketika itu, arus laut di timur lautan berkenaan dijangka mengalir dari barat ke timur membawa botol-botol ke Gaza dalam tempoh 72 hingga 96 jam jika dilepaskan dari lokasi seperti Damietta atau Port Said.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Jauh Sangat Kalau Buang Dari Malaysia Bang Oi”

“Jangan Buat Macam Ini, Memang Kuasa Allah Nak Bagi Sampai, Dia Sampai. Tapi Kalau Semua Buat, Jadi Pencemaran, Dah Jadi Zalim Pula Dekat Orang Lain”

“Tolong Baca Betul-Betul. Ini Hanya Cubaan Kaedah Apungan, Nanti Dah Sampai Perairan Gaza Baru Beliau Akan Lepaskan”

“Ramai Tak Faham Ayat ‘Kita Akan Guna Kaedah Yang Sama Di Perairan Sana’, Kan Brader Ini Buat Contoh”

Baca Artikel Berkaitan: Misi Ke Gaza: Kapal Conscience Sudah Berlepas Dari Itali, Dr Fauziah Antara 8 Delegasi Dari Malaysia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Terima Kasih Pada Pihak Yang Beri Bantuan & Dana Untuk Bantu Rakyat Palestin – MERCY Malaysia
Source:


