Eksploitasi barangan subsidi punca bekalan kurang: Andi

15 Aug 2022 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi barangan bersubsidi kerajaan menerusi kegiatan penyeludupan menjadi punca berlaku kekurangan stok sehingga menyusahkan rakyat di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, bukan hanya tidak mendapat kemudahan subsidi tersebut, mereka terpaksa pula membeli dengan harga tinggi akibat kekurangan bekalan.

“Kerajaan sebenarnya banyak membantu rakyat menerusi pelbagai program, termasuklah pemberian subsidi barangan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan atau berpendapatan rendah mampu membeli barangan keperluan pada harga berpatutan.