Ekspo Industri Sukan Sabah 2023 dijangka jana pulangan ekonomi RM1 juta

3 Sep 2023 • 12:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023 yang diperkenalkan buat pertama kali di Sabah dijangka menjana pulangan ekonomi sebanyak satu juta ringgit.

Acara dua hari itu yang sedang diadakan di Palm Square, Centre Point disertai 28 pempamer dengan 40 gerai pameran.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang merasmikan majlis pelancaran pada Sabtu berkata angka itu hanya dianggarkan melalui ekspo itu sahaja.

“Tahniah kepada penganjur dan semua yang hadir dan terlibat dalam Ekspo Industri Sukan Sabah 2023 (EISS 2023).

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Apabila saya berjumpa dengan Sekretariat Industri Sukan (SIS) sejak saya memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan, saya telah meminta supaya satu ekspo industri sukan dianjurkan di Sabah.

“Ini kerana Sabah terkenal dengan destinasi sukan menarik seperti selam skuba, pendakian gunung, golf dan aktiviti semula jadi yang lain.

“Saya difahamkan ekspo ini melibatkan 30 pemain industri daripada pelbagai segmen termasuk pelancongan sukan, kemudahan sukan, peruncitan sukan, perubatan sukan, pengurusan acara sukan, pendidikan sukan dan daripada itu pulangan ekonomi sebanyak satu juta ringgit dianggarkan melalui (ekspo) ini sahaja,” katanya.

Beliau menambah Kementeriannya (KBS) sedang berusaha untuk memajukan industri sukan sebagai sektor ekonomi utama negara.

“Impaknya akan lebih dirasai melalui kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan organisasi sukan.

“Saya amat gembira kerana EISS ini telah menterjemahkan hasrat kerajaan untuk memperhebat perkongsian pintar dengan sektor swasta.

“Untuk Bajet 2024 yang sedang disediakan oleh Kementerian Kewangan, saya juga cuba memasukkan kos atau yuran latihan sukan dalam senarai pengecualian cukai untuk gaya hidup.

“Selain daripada pelepasan cukai untuk pembelian peralatan sukan, yang bagi tahun 2024 boleh digunakan oleh kesemua 103 jenis sukan berdasarkan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997.

“Ini menunjukkan sukan bukan sahaja bermanfaat dari segi kesihatan, malah ia boleh dibangunkan sebagai salah satu industri yang membantu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan imej negara,” katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa RM 774,000 telah diluluskan untuk merancakkan industri sukan Sabah sebagai tambahan kepada satu juta ringgit yang diperuntukkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Sabah untuk dana komuniti sukan.

Beliau memberi jaminan akan wujud kerjasama berterusan antara KBS dan KBS Sabah dalam pelbagai isu berkaitan pembangunan belia dan sukan, dan mereka akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bersama KBS/Sabah/Sarawak (KEMSAS) dengan Sabah pada 7 September.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin memberi sokongan penuh kepada Hannah Yeoh dalam usahanya melalui KBS untuk membangunkan sukan sebagai industri yang berdaya saing dan penting.

Beliau juga berharap KBS akan dapat menyediakan lebih banyak lagi inisiatif dan insentif untuk membantu usahawan sukan di negeri ini untuk meningkatkan industri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.