Eksport LNG di Bintulu tidak terjejas, langkah keselamatan diperkukuh - PM

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 8:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar pada sidang media selepas Perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak di sebuah Hotel, pada Khamis. Foto Bernama

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan operasi eksport gas asli cecair (LNG) di Bintulu tidak terjejas, meskipun terdapat isu keselamatan yang timbul baru-baru ini.

Anwar berkata, setakat ini tiada penurunan dalam permintaan eksport LNG, kerana langkah kawalan keselamatan telah dilaksanakan sepenuhnya di kawasan strategik berkenaan.

"Setakat ini tidak timbul isu penurunan permintaan eksport. Ia dipandang serius kerana kawasan itu sangat strategik dan berbahaya jika berlaku ancaman.

"Apabila terdapat ugutan, Petronas memaklumkan kepada saya dan kita telah mengerahkan pasukan polis serta keselamatan untuk mengawal keadaan sepenuhnya,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sarawak di sini pada Khamis.

Media pada Isnin melaporkan kerajaan mengarahkan semua fasiliti LNG milik Petronas mengetatkan kawalan keselamatan serta-merta, susulan ugutan diterima seorang pegawainya di Bintulu bagi membolehkan siasatan segera dilakukan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved