Eksport Malaysia Bagi Oktober Catat Rekod Tertinggi Dalam Sejarah — Tengku Zafrul

LocalBusiness & Finance
20 Nov 2025 • 3:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Eksport Malaysia Bagi Oktober Catat Rekod Tertinggi Dalam Sejarah — Tengku Zafrul

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan prestasi perdagangan luar negara pada bulan Oktober melonjak naik ke paras tertinggi dalam sejarah.

Menurutnya, jumlah perdagangan negara telah berkembang 13.6% kepada RM277.65 bilion.

“Eksport kita pula mencanak naik 15.7% tahun ke tahun kepada RM148.32 bilion dan merupakan rekod tertinggi setakat ini,” ujarnya.

image is not available
Kredit: Tengku Zafrul via X

BACA: ASEAN, China Perkukuh Perdagangan Melalui Perjanjian ACFTA 3.0 Yang Dipertingkatkan

Dalam perkongsian di laman X miliknya itu lagi, antara pendorong utama ialah dari sektor perkilangan, terutamanya permintaan kukuh bagi barangan Elektrik & Elektronik (E&E) serta barangan optik dan saintifik.

image is not available
Kredit: Tengku Zafrul via X

Tambahnya lagi, kedua-duanya mencatat nilai eksport tertinggi dan ini adalah petanda jelas ketahanan ekonomi Malaysia di tengah ketidaktentuan global.

“Lebih manis lagi, kita mengekalkan lebihan dagangan untuk 66 bulan berturut-turut sejak Mei 2020,” tambahnya.

Tengku Zafrul juga berkata MITI dan MATRADE kekal komited untuk membantu syarikat Malaysia memanfaatkan 18 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), termasuk CEPA Malaysia-UAE yang baru berkuat kuasa 1 Oktober 2025, untuk terus berkembang di arena antarabangsa.

BACA: Perjanjian Perdagangan: Malaysia Komited Teruskan Libat Urus Bersama AS

Sumber: Tengku Zafrul

The post Eksport Malaysia Bagi Oktober Catat Rekod Tertinggi Dalam Sejarah — Tengku Zafrul appeared first on Siakap Keli.